Rabu, 29 Mac 2017

VITAMIN BERCAMBAH

Kak Nad rasa macam untung banyak sangat beli Set vitamin Prenatal (Hamil) ini.

Sudah 3 kali mengandung amal Set Vitamin Prenatal ini.

Saad, Sarah dan bakal baby. Doakan Kak Nad, semoga dipermudahkan segalanya.

Kak nad permulaan join shaklee pun untuk dapatkan keperluan Set Vitamin Prenatal ini.

Jadi, memang niat untuk kesihatan nutrisi ibu dan anak dalam kandungan. Kak Nad jenis makan tak ngap semua, tak pandai nak ngap macam-macam makanan. Jenis makan lauk satu dua sahaja. Rasa tidak cukup nutrien sebab jenis tidak berselera. Bimbang juga sebab ibu , baby jadi mangsa.

Suatu lagi sebab pengalaman pregnant first. Itulah bersungguh cari juga vitamin ini. Dipertemu dengan Shaklee. Anak first ada juga ambil vitamin, tapi bukan Shaklee. Pregnant first masa 36 weeks tekanan darah naik tinggi sangat, dan berat amat cepat naik. Orang Terengganu kata, "Gemok gemempol dah". Kaki pula bengkak sangat, sampai keluar air dekat betis.

Ingat lagi pergi mengajar Kafa masa 8 bulan , jalan kaki, mengandung Sumayyah masa ini. Berapa kali berhenti jalan, penat. Padahal kafa usm dekat je pun dari rumah transit Cahaya Gemilang. Orang Usm kenal la. Sampai lepas bersalin, orang tidak percaya kak Nad sekurus itu, sebab masa mengandung Sumayyah "GEMOK GEDEMPOL".

Kak Nad nak ceritanya di sini, UNTUNG SET PRENATAL ini:

** selepas bersalin pun kita boleh teruskan ambil sebagai vitamin harian kita seharian

** satu keluarga boleh ambil sekali, ayah , ibu, suami, adik-adik.. boleh jadi stok VITAMIN SATU FAMILI

** kita rasa letih buat kerja hari ibu, basuh pinggan , basuh baju, memasak, mandi anak, mandi Suami eeeeh silap.. boleh je kan.. hihi.. boleh ambil MULTIVITAMIN VITA LEA tu

** pastu jika kita pregnant tapi RESDUNG KUAT, boleh ambil Vitamin C dan Vitamin B... tiba2 gatal sangat muka, hidung , kulit-kulit sana sini... 2 vitamin ini boleh cover dah.

** pastu jenis dari sebelum pregnant lagi, susah tidur malam... Ostematrix yang ibu ambil untuk kalsium tadi boleh bantu dengan kandungan magnesium dia yang mengkendurkan otot-otot kita yang tegang stress, tak cukup rehat dan sebagainya.

Lenguh sudah Kak Nad taip.. tetapi banyak lagi ini nak kongsi dengan anda semua.. insyaAllah nanti kita coretkan dalam blog. Nanti boleh jemput datang ke blog Kak Nad NadiaHealthyfamilies.blogspot.my.

Nukilan,
KAK NAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan