Isnin, 6 November 2017

4 Tahap Mendidik Anak


Anak ketika ini 4 orang
Anak adalah anugerah allah S.W.T. yang tidak ternilai.
Anak juga adalah AMANAH,
Anak adalah juga ujian dari Allah S.W.T.

Alhamdulillah terdetik dihati kali ini untuk menulis coretan perkongsian tentang anak-anak ini. Semoga coretan ini memberi manfaat kepada semua.

 Zuriat kurniaan Allah S.W.T. yang perlu disyukuri dan amanah yang perlu dilaksanakan. Nadia sendiri telah dikurniakan 4 orang anak kini, setelah mendirikan rumahtangga sejak 2009. Alhamdulillah.

Anak-anak ini mereka suci sangat dan hati mereka sangat lembut dan penuh kasih sayang. dilahirkan seolah kain putih yang bersih dan ibu bapa atau keadaan sekelilingnya setelah dilahirkan yang mencorakkan sikap, perwatakan dan personalitinya. Diciptakan daripada pencantuman air mani ibu dan ayah , terhasilnya seketul daging dan seterusnya jasad yang mempunyai ruh. Penciptaan yang sangat unik dan Maha Kuasa Tuhan YAng Maha Agung.

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

" Anak yang soleh mampu untuk memberi syafaat terhadap 10 orang ahli keluarganya."

Sebagai ibu bapa tentunya mempunyai impian buat anak-anak yang disayangi. Sudah tentu ingin jadinya Hamba yang ditempatkan di syurga, disulami dengan sifat-sifat mahmudah terpuji, kasih sayang kepada semua kerana Allah. Kita ibu bapa kan terus belajar dan belajar dalam menganli jiwa anak-anak. Dari zero tidak tahu apa-apa,insyaAllah kita terus menimba ilmu dalam mendidik anak-anak.

Tidak ada formula yang khusus dalam mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang unik dan luar biasa, iaitu berbeza-beza di antara satu sama lain.

Bagaimanapun Rasulullah S.A.W. menggariskan 4 tahap mendidik anak-anak.


TAHAP MENDIDIK ANAK:

  • Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun)

hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

  • Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun)
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab

  • Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun)
Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak betentangan dengan syariat.

  • Anak berumur lebih dari 21 tahun
Hendaklah ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan terkawal.


Rujukan: 21 Kaedah mendidik anak cemerlang

Kencing Manis Ketika Hamil


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
  • mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. 

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 



Bagaimana saya tahu jika saya menghidap diabetes gestasi?


Jika doktor berpendapat ibu menghidap diabetes gestasi, beliau akan meminta anda menjalani ujian. Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan








Kemungkinan besar doktor anda akan menguji air kencing anda untuk mengesan kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam air kencing anda, ini mungkin tanda diabetes gestasi. 

Selalunya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda mungkin mengalami perkara berikut:




  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.