![]() |
| Anak ketika ini 4 orang |
Anak juga adalah AMANAH,
Anak adalah juga ujian dari Allah S.W.T.
Alhamdulillah terdetik dihati kali ini untuk menulis coretan perkongsian tentang anak-anak ini. Semoga coretan ini memberi manfaat kepada semua.
Zuriat kurniaan Allah S.W.T. yang perlu disyukuri dan amanah yang perlu dilaksanakan. Nadia sendiri telah dikurniakan 4 orang anak kini, setelah mendirikan rumahtangga sejak 2009. Alhamdulillah.
Anak-anak ini mereka suci sangat dan hati mereka sangat lembut dan penuh kasih sayang. dilahirkan seolah kain putih yang bersih dan ibu bapa atau keadaan sekelilingnya setelah dilahirkan yang mencorakkan sikap, perwatakan dan personalitinya. Diciptakan daripada pencantuman air mani ibu dan ayah , terhasilnya seketul daging dan seterusnya jasad yang mempunyai ruh. Penciptaan yang sangat unik dan Maha Kuasa Tuhan YAng Maha Agung.
"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
" Anak yang soleh mampu untuk memberi syafaat terhadap 10 orang ahli keluarganya."
Sebagai ibu bapa tentunya mempunyai impian buat anak-anak yang disayangi. Sudah tentu ingin jadinya Hamba yang ditempatkan di syurga, disulami dengan sifat-sifat mahmudah terpuji, kasih sayang kepada semua kerana Allah. Kita ibu bapa kan terus belajar dan belajar dalam menganli jiwa anak-anak. Dari zero tidak tahu apa-apa,insyaAllah kita terus menimba ilmu dalam mendidik anak-anak.Tidak ada formula yang khusus dalam mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang unik dan luar biasa, iaitu berbeza-beza di antara satu sama lain.
Bagaimanapun Rasulullah S.A.W. menggariskan 4 tahap mendidik anak-anak.
TAHAP MENDIDIK ANAK:
- Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun)
hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.
- Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun)
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab
- Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun)
Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak betentangan dengan syariat.
- Anak berumur lebih dari 21 tahun
Hendaklah ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan terkawal.
Rujukan: 21 Kaedah mendidik anak cemerlang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan