Jumaat, 14 November 2014

ESP Soya Protein

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?


  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.
SIAPA YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonus for weight management)


Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

ESP Atasi Kulit Bermasalah

ESP cinta hatiku! KEISTIMEWAAN TESERLAH !


Adakah anda mengalami simptom2 ini?

1) kulit kelihatan kusam dan tak bermaya?
2) Kulit dirasakan kering dan menggelupas?
3) Badan sering mengalami kegatalan dan bekas gigitan nyamuk mula berkudis dan berparut?
5) kulit kelihatan lebam2 ?
6) wajah penuh dengan jerawat , rasa gatal dan punyai banyak tompok2 hitam?
7) Rambut sering gugur?


Tahukah anda ia adalah punca2 kekurangan protein?


Risiko kekurangan Protein:

  • Anemia 
  • Penyakit Buah Pinggang
  • penyakit HAti
  • Kolesterol Tinggi
  • Tekanan Darah rendah
  • Low Blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Fungsi saraf tidak stabil
  • Ulser perut
  • pengaliran darah tidak lancar
  • lesu
  • cepat letih
  • ketahan Badan lemah terhadap jangkitan
  • Kulit sensitif

------------Apa kata kita cuba hari ini dengan Energizing Soy Protein---------------



Fakta ringkas ESP:


Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 

ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

 ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 

ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

 Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet


Belailah kulit anda dengan sebaiknya, itu tanda kesyukuran anda pada anugerah ILLAHI.

Salam sayang, ummi SAAD dan Sumayyah.

Puan Nadiatu Nadhirah Mohd Ridzowan
Id Member 933904
Contact me: 017-9398343

Konsultasi Percuma

Sabtu, 1 November 2014

OMEGA GUARD: Promosi November 2014


Assalamualaikum w.r.t., anda semua apa khabar? semoga hari ini anda Amat Bahagia. kebahagiaan kita sendiri boleh bentukkan suasana itu, perlu kuasai MINDA. Hati sentiasa bertaut pada Yang Maha Esa. ^_^

Entri hari ini, amat bermakna buat anda. GREAT NEWS ! suplemen kegemaran nadia sekeluarga, baik nadia, suami, sumayyah , ayah dan sepupu sepapat yang sentiasa repeat order.  Bulan November 2014, shaklee umumkan PROMosi OMEGA GUARD, dalam dua bentuk lagi:

1)  OMEGA GUARD BUY 6 FREE 1, nak ambil 2 sekaligus pun boleh, nak beli 6 botol lagi bagus dan boleh share2 lah dgn kwn2 dan famili.. 



2) OMEGA GUARD buy 2 , 5% OFF... wahhhh jimat bangat.. 
Hari ini sudah 2 Novemvber saya baru update blog umum promosi omega gaurd ni, tetapi ada dah customer yang rebut nakl order... memang confirm dua botol setiap orang.





Okey, hari ini saya kongsikan juga fakta  di bawah ini, apa yang membuatkan saya gembira sangat bila tau bulan ini PROMOSI OMEGA GUARd.. excited sangat... manfaatnya untuk semua. 



Anda perlu mengambil Shaklee OmegaGuard sekiranya anda: 
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)


Shaklee Omega GUARD ini mempunyai Omega- 3 yang kaya dengan EPA dan DHA. Omega-3 adalah asid lemak yang badan kita perlukan, tetapi badan kita tiodak dapat hasilkan . Jadi ia perlu diambil dari diet harian.


Kalau ada ibu bapa yang punyai anak astma, lelah@penat , allergik boleh ambil Omega Guard ini untuk anak2. Amat baik, nadia sudah rasai dan ingin kongsikan kebaikan ini buat anak2 kita. Sayang anak2 kita cari insiatifnya.

Jika tiada untuk anak2 , boleh ambil untuk diri sendiri. Omega Guard juga untuk kecantikan kulit cantik dan kesihatan tulang sendi kita malah satu insiatif jika ambil dalam mengawal berat badan. 

Jika sayang suami, boleh hadiahkan buat suami, Omega Guard adalah suplemen utama untuk kaum lelaki. Meningkatkan penumpuan, meningkatkan stamina elak letih dan lesu dan banyak suami anda akan rasai bila ambilnya... bakar kolestrol jahat.

Sebab itu pembeli yang bijak, dia akan grab 6 botol terus dapat PERCUMA 1 botol tu, bukan dia sahaja yang perlukannya malah satu famili dia. Bila lagi nak rebut peluang harga special macam ini kan? ??? Nadia boleh katakan ini vitamin no 1 buat sumayyah dan nadia. kami memang berlumba ambik. hihi. "Umiii.. yang mayyah punya ni!" ..



Jangan Menangis jika stok omega guard anda habis disaat promosi telah tamat 1 Disember 2014, rebut lah peluang sebelum stok anda habis. Tiada Rugi , malah anda amat untung jika kumpul stok buat famili. Apa2 pun.... offer ni while stock last.. 

Okey , next entry kita kongsikan pasal kelebihan dan manfaat Omega Guard pula ye.

Macam mana nak dapatkan OMEGA GUARD?
Mudah aje. sms ke 017-9398343
> pos terus ke alamat anda ( berikan nama penuh, alamat dan no phone)
> cod area USm GELUGOR, sungai ara Taman Tunas Muda


Puan Nadiatu Nadhirah mohd Ridzowan [Nadia]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 933904]
017-9398343|mahabbatul_mardhiah@yahoo.com.my
salam sayang dari Ummi Sumayyah dan Saad



Ahad, 21 September 2014

Mengapa Perlu OMEGA bagi seorang PELUPA???? Inginkan INGATAN KUAT...

Assalamualaikum kalian ^_^. Perkongsian di saat ini.




Pernah alami "memory lost" tiba2? tiba-tiba boleh lupa sesuatu perkara ?

Daya ingatan manusia ini ada waktu menurun dan meningkat. Antara faktor yang menyumbang kepada daya ingatan lemah ialah faktor umur tua usia semakin meningkat dan juga cara pengambilan makanan yang tidak sihat. Manakala faktor yang menyumbang kepeda peningkatan daya ingatan otak adalah kelancaran Aliran Darah dan pengambilan makanan yang cukup zat untuk otak.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KELEMAHAN MINDA DAN OTAK

WHY saya mudah lupa???



Terdapat banyak faktor penyebab yang melemahkan minda dan otak manusia. 

Sebahagiannya berlaku sejak dalam kandungan kerana faktor genetik atau kekurangan zat atau komplikasi semasa bersalin seperti lemas kerana proses bersalin yang lama dan sukar, kejutan traumatik kerana bersalin melalui pembedahan atau forcep, berbelit tali pusat pada leher, lahir tak cukup bulan dan sebagainya. 

Faktor-faktor lain ialah seperti kekurangan protein, vitamin dan garam galian, mengambil minuman bergas dan makanan berpengawet, dadah, alkohol,ubat-ubatan, terminum racun atau terkena santau, mengidap demam panas terkena kejutan eletrik, ketegangan mental dan emosi, kesedihan, ketakutan, terlampau kuat belajar atau berfikir, kekurangan tidur, kurang senaman fizikal, melakukan masturbasi, mengidap penyakit-penyakit yang menimbulkan toksid dalam badan seperti mendapat sembelit dan gastrik, kecederaan traumatik pada kepala kerana kemalangan, kesan ubat bius, pembedahan otak, serangan angin ahmar dan lain-lain.

Selasa, 26 Ogos 2014

Vitamin Atasi Masalah Sembelit

Vitamin untuk Atasi Masalah Sembelit

Mengalami masalah sembelit memang menyeksakan. Waktu ke tandas adalah waktu yang paling digeruni oleh mereka yang mempunyai masalah sembelit. Usah biarkan masalah sembelit terus menghantui hidup anda. Cubalah cadangan suplemen di bawah bagi membantu masalah pembuangan yang anda alami.



ANDA BOLEH MEMILIH ANTARA DUA VITAMIN DI BAWAH UNTUK MENGATASI MASALAH SEMBELIT DAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN




1. Herb-Lax™




________________________
Menyokong Keseimbangan *
Diet yang kaya dengan serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap, dapat memberi sumbagan kepada pembuangan air besar yang teratur. Pada masa-masa yang tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.
Julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala*
Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan*
Daun Senna telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu sebagai julap semulajadi*
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Herb-Lax adalah product yang mendapat gelaran JULAP LEMBUT dalam rangkaian product Shaklee. Saya sendiri mengamalkannya di hujung minggu dengan tujuan untuk mencuci usus selain elok untuk proses detox. Herblax diambil sebelum tidur dan keesokan harinya memang anda akan bertemu terus dengan incik Tandas. Hasilnya anda berasa perut anda telah dicuci sebersih-bersihnya. Serius, anda perlu cuba.Herb-Lax bertindak dalam masa 6jam selepas diambil .Oleh itu pengambilan sebelum waktu tidur sangat digalakkan.


2. Ostematrix




__________________________________
- atasi SEMBELIT terutamanya ibu hamil / menyusu
Shaklee Ostematrix, yang merupakan gabungan kalsium, magnesium, vitamin D serta banyak lagi pada kadar yang seimbang bersesuaian dengan keperluan badan manusia. Ini adalah antara yang WAJIB saya ambil setiap hari selain vitamin asas yang lain.

Tidak semua vitamin boleh diambil oleh ibu hamil dan semakin besar kandungan, maka semakin sukar untuk membuang air besar. Bagi ibu hamil dan menyusu , sangat rugi jika anda tidak mencuba Shaklee Ostematrix kerana banyak manfaat yang boleh anda perolehi.

Antara kebaikan Shaklee Ostematrix :
(1) Tidur malam lebih lena
(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas 
(4) Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan 
harinya
(5) Badan lebih bertenaga apabila bangun bagi.


3. Shaklee Meal Shakes 




____________________________
merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik untuk anda.

Siapa yang perlukan MealShake? Basically,ia sesuai untuk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera makan, yang sering mengalami sembelit atau pun kanak2 obesiti. Juga sesuai untuk sesiapa sahaja terutamanya orang dewasa yang sukar untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet atau pun pil.


4. Alfalfa




______________________________
adalah sejenis herba dari kumpulan kacang Fabaceae yang mana berukuran lebih kurang satu meter tetapi akarnya mampu mencapai berpuluh-puluh meter untuk menyerap zat-zat yang baik dari tanah. Bayangkan betapa 'survivalnya' alfalfa ini.

Apa lagi kelebihannya? Selain daripada sebagai penggalak susu bagi ibu-ibu yang menyusu, ianya juga sebagai penawar bagi mereka yang mengalami sembelit kerana  kerana ianya kaya dengan serat yang tinggi.




Jika berminat, boleh dapatkan:
PERCUMA konsultasi
EXCLUSIVE jadual pengambila
TIPS membantu

Nadia | 017-9398343
Pengedar Sah Shaklee Anda

Shaklee bukan makanan SUNNAH??

Assalamualaikum kepada semua. 

Hari ni nadia ingin kongsikan persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. 

SOALANNYA, berbunyi begini:

Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untyk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.


JAWAPANNYA:


1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.


6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.


7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak.


8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.

9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.


10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya?


Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.

sumber:

Isnin, 11 Ogos 2014

Nadiatu Nadhirah: ASMA VS JANTUNG

Nadiatu Nadhirah: ASMA VS JANTUNG: Balik kerja tadi jam 6.30 dari kafa terus pergi ziarah keluarga di Hospital seberang Jaya.. Sewaktu jumpa kakak saudara ini, ada bersemban...

ASMA VS JANTUNG




Balik kerja tadi jam 6.30 dari kafa terus pergi ziarah keluarga di Hospital seberang Jaya..

Sewaktu jumpa kakak saudara ini, ada bersembang kenal dengan seorang mak cik. Katanya dia temankan suaminya di wad ICU.. 

Awalnya, dia suspek suaminya
asma sebab selalu PENAT dan mengah bernafas. Bawa suami pergi klinik, doktor tanya sakit apa.. dia bagitau Asma. Doktor berikan ubat asma. Banyak tahun juga ambil ubat asma itu sahaja.

3 hari lepas mengah dan susah hendak bernafasnya datang balik. Pergi hospital doktor minta masuk wad dan doktor terus berikan UBAT ASMA. Malam itu hujan, dia bagitau isteri:

suami: Saya Rasa Sejuklah
Isteri: Saya tutup kipas ye..
setelah tutup kipas, jiran2 minta buka sebab panas tam
bahan pak cik ini duduk di katil tengah2.. ramai pesakit lain perlukan kipas.. On semula kipas..

suami: awak, saya tak tahan sangat dah
DADA rasa SEJUKKK SANGAT! (tangan dan tubuhnya mennggeletar)..tolong panggil doktor saya tak tahan sangat dah sejuknya..

Doktor mai..pak cik bagitau doktor...doktor buat la apa2 pun pada saya...saya rasa sakit dan sejuk sangat...

Makcik ini bagitau, doktor itu buat sungguh la.. saya berikan ubat tidur dulu untuk cik supaya rehat...

Pak cik tu lena, tapi DENGURAN dia bernafas terdengar KUAT seolah2 SUSAH sangat hendak BERNAFAS..

Doktor tanya mak cik, suami ada rasa SAKIT DADA tak?

Mak cik kata memang dia jika datang MENGAH nak BERNAFAS, dada sakit sangat macam mencucuk2.. dekat rumah kami tandas dalam bilik tidur sahaja.. tetapi tandas dekat sahaja pun suami dia tidak dapat bangun untuk berjalan bila datang penyakit simptom2 tadi..

Doktor bagitau, mak cik ini BUKAN ASMA TETAPI
KOMPLIKASI JANTUNG..

Pak cik dipindahkan ke wad ICU.. isterinya bagitau jantung suaminya tidak dapat mengepam dengan sebaiknya.. seolah2 olah otot jantung lemah..

Sama doakan kesihatan pak cik ini...

BEZA simptom Asma Dan Jantung...

Suplement yang boleh disarankan untuk pesakit JANTUNG:
#COQ HEALTH
#Phytocol-ST
#Omega
#Garlic
#VIVIx








Ingin dapatkan Suplement khas buat pesakit jantung dan asma, boleh hubungi:


Nadia 017-9398343


#SayaPengedarshakleeAnda
#Page:Nadia Healthy FAmilies
#Fb:Nadiatu NAdhirah Mohd Ridzowan

Jumaat, 8 Ogos 2014

Penghasilan Susu IBU

Ketahui apa yang berlaku ketika badan anda sedang bersedia untuk menghasilkan susu badan, iaitu makanan semula jadi terbaik untuk bayi.

Bagaimanakah payudara saya berubah semasa hamil?

Sebaik sahaja anda hamil, payudara anda mula bersiap-sedia untuk menyusukan bayi. Salah satu tanda bahawa anda sedang hamil ialah payudara menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda.

Anda juga mungkin mendapati bahawa areola, iaitu bahagian kulit di sekitar puting anda, menjadi lebih gelap dan bintik-bintik kecil mula keluar. Perubahan warna areola ini sebenarnya ialah kaedah semula jadi untuk memberi panduan visual kepada bayi anda ke mana harus dituju apabila hendak menyusu.

Bintik-bintik kecil di sekitar areola pula menghasilkan bahan berminyak yang membersih, melicin dan melindungi puting anda daripada jangkitan semasa penyusuan badan.

Menjelang kelahiran bayi, tisu-tisu kelenjar dalam payudara anda akan membesar dua kali ganda. Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda akan rasa payudara menjadi lebih berat dan penuh. Setiap satunya mungkin bertambah berat sebanyak 700 gram!

Bagaimanakah payudara menghasilkan susu?

Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Dalam setiap kelenjar susu pula terdapat beberapa bahagian yang mempunyai tugas masing-masing dalam penghasilan susu badan:
  • Alveoli. Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.
  • Duktul. Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.
  • Duktus susu. Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi. Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira Sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.
Ketika sedang hamil, anda mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Hakikatnya, sistem pembuatan susu anda telahpun bersedia pada sekitar trimester kedua. Oleh itu, anda sudah boleh menyusukan bayi walaupun jika dia lahir pramatang.

Selepas bayi anda dilahirkan dan plasenta (uri) juga telah dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda mula jatuh. Ini memberi laluan kepada hormon prolaktin untuk dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak anda.

Hormon prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi. Prolaktin boleh membuatkan anda rasa lebih bersifat keibuan, dan oleh itu sesetengah pakar memanggilnya hormon keibuan. 

Bilakah saya boleh mula menyusukan bayi saya?

Anda boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang anda berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, kelihatan berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.

Cecair istimewa yang mudah dihadam ini kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi anda.

Susu anda akan keluar kira-kira tiga hari selepas anda melahirkan. Ini adalah masa apabila tahap prolaktin telah stabil dan anda boleh menghasilkan susu badan dan bukan lagi kolostrum.


Apakah yang berlaku apabila bayi anda mula menyusu?

Untuk membolehkan bayi anda menikmati susu badan anda, ia perlu dilepaskan daripada alveoli. Proses ini dikenali sebagai limpahan (letdown). Beginilah ia berlaku:
  • Apabila bayi anda menghisap, sensasi pada puting anda menyebabkan sebahagian daripada kelenjar pituitari anda membebaskan hormon oksitosin ke dalam aliran darah anda.
  • Apabila oksitosin sampai ke payu dara, ia menyebabkan otot-otot kecil di sekeliling alveoli yang dipenuhi dengan susu untuk menguncup dan mencengkam lantas membebaskan susu.
  • Susu anda mengalir sepanjang duktus yang terletak di sebalik areola.
  • Apabila bayi anda minum, dia menekan susu daripada duktus masuk ke dalam mulutnya.
Tatkala aliran susu anda meningkat semasa limpahan berlaku, anda juga mungkin rasa sedikit sakit seperti mencucuk-cucuk pada payudara anda. Susu anda mungkin menitik-nitik atau menyembur keluar. Jika payudara anda membengkak dan sakit dalam beberapa hari pertama ini, menyusui bayi dengan kerap dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Anda mungkin rasa kontraksi dalam perut anda dalam beberapa hari pertama bayi mula menyusu. Ini dipanggil kesakitan susul (afterpains), dan rasanya seperti kontraksi hendak bersalin yang tidak kuat. Ini disebabkan oleh hormon oksitosin yang sedang mengecutkan uterus anda kembali ke saiz asal.

Oksitosin jugalah yang menyebabkan kontraksi uterus semasa kelahiran. Ketika menyusukan, anda juga mungkin rasa tenang, puas dan gembira. Tidak hairanlah oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang!

Bagaimanakah payudara saya menghasilkan susu yang cukup untuk memenuhi keperluan bayi saya?

Ketika bayi anda sedang menyusu, hisapannya menyebabkan lebih banyak hormon prolaktin dibebaskan. Prolaktin merangsang badan anda supaya menghasilkan lebih banyak susu. Ini merupakan pesanan kepada payudara supaya membuat susu yang cukup bagi sesi penyusuan yang seterusnya.

Selepas beberapa jam, tahap prolaktin turun semula, tetapi akan meningkat kembali apabila bayi anda menyusu lagi. Dengan ini, lebih kerap bayi anda menyusu, lebih banyak prolaktin dalam aliran darah anda untuk menggalakkan pengeluaran susu. Ini juga merupakan sebab mengapa haid anda terhenti. Sesetengah ibu menggunakan penyusuan badan sebagai satu kaedah perancang keluarga.

Walau bagaimanapun, tindak balas prolaktin terhadap penyusuan akan beransur-ansur kurang dan haid anda akan kembali. Haid anda mungkin akan kembali walaupun anda masih menyusukan bayi secara eksklusif.

Namun begitu, anda masih mempunyai banyak susu. Menjelang waktu ini, penghasilan susu tidak lagi bergantung kepada prolaktin, sebaliknya kepada rangsangan daripada penyusuan bayi.

Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil perencat maklum balas laktasi (feedback inhibitor of lactation - FIL) yang memberitahu payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Jika bayi anda kerap menghabiskan susu pada sebelah payudara, tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendak mengingkatkan penghasilakan susu.

Jika susu kerap tidak dihabiskan, mungkin kerana bayi anda telah mula makan makanan pejal, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan berkurangan.

FIL bertindak setempat, di dalam setiap payudara secara berasingan. Ini bermakna, anada boleh mengurangkan penghasilakn susu dalam sebelah payudara dan meneruskan penyusuan bayi dengan payudara sebelah lagi. FIL juga adalah sebab mengapa tidak mustahil satu payudara menghasilkan susu yang cukup untuk diminum oleh bayi sehingga kenyang. Ia juga menerangkan mengapa seorang ibu yang mempunyai anak kembar boleh menyusukan kedua-dua bayinya pada masa yang sama.



http://www.babycenter.com.my/a25007723/menghasilkan-susu-badan-bagaimana-badan-anda-menghasilkan-makanan-semula-jadi-bayi-yang-terbaik#ixzz39o5EJWW0