Jumaat, 1 Mei 2020

Bagaimana Terdetik Mahu Ambil Set Prenatal Shaklee

Assalamualaikum semua rakan-rakan, lama betul kak Nad tidak berbicara di sini. Banyak yang ingin dikongsikan, tetapi kekangan masa. Korang semua sihat? harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat.

Untuk pengetahuan korang semua, Kak nad baru lepas melahirkan cahaya mata ke-5 pada 24 Mac 2020 di Hospital Sultan Nur Zahirah Terengganu. Dalam musim PKP pula. Baby nak keluar sama bulan dengan ibunya. Tepat jam 11.30 malam pula itu, hampir nak masuk tarikh 25 hb sudah. Okey pasal ini pun ada kisahnya, nanti kita berceloteh yee soal ini.
.

Hari ini Kak Nad nak bisik-bisik sikit dengan korang hal bagaimana Kak Nad boleh nekad mahu ambil suplemen Shaklee. Ramai yang tanya pasal ini:

"bagaimana boleh terjebak ambil Shaklee?'

"Kenapa perlu ambil Shaklee, vitamin klinik sudah berikan?"

"Apa Bagus sangat vitamin Shaklee, jenama lain kan ada?"

Okey...Okey...



Bismillahirrahmanirrahim,

Cerita dia kak Nad bahagikan kepada tiga bab, ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰ tiga waktu yang pasti dilalui oleh seorang wanita yang hamil. Nak tahu kena bacalah sampai habis...jom.


Alkisah dulu waktu mengandungkan anak pertama, kak Nad alami pengalaman ini:


  • ๐Ÿ˜ฒ kaki bengkak di awal trimester lagi
  • ๐Ÿ˜ฒ kulit kaki gatal dan diliang roma itu kekadang air 


  • ๐Ÿ˜ฒ Strech Mark yang banyak
  • ๐Ÿ˜ฐ Air kencing kotor 3 +++ protein
  • ๐Ÿ˜ฒTekanan Darah Naik tinggi ketika kandunagan 36 minggu, bukan main-main. Bacaan 170 hingga 200 ketika dalam labour room.
  • ๐Ÿ˜ฒBerat badan naik mendadak ketika trimester terakhir.

Ini bab ketika hamil sampai lebuk nak hancur dan tebal buku merah check up hamil itu, berulang klinik. Selipar yang Kak Nad pakai pun jadi nipis dan haus, sebab kaki bengkak dan berat badan naik mendadak. Gemuk pun nampak sangat, berbanding slim kurus keding sebelum mengandung. Bukan perasan slim,hihi.


Cerita hal satu-satu yang dilalui diatas itu nanti kita story one by one, di celoteh bersama Kak Nad posting seterusnya ye...

Hal kisahnya, di labour room sebab darah naik tinggi sangat. Bacaan 200 korang, boleh pergi kepada sawan tauuu. Amat bahaya untuk keadaan ibu dan anak. Itulah kak Nad amat sensitif apabila dengan ibu-ibu hamil ada tekanan darah tinggi, pastu melibatkan kes sawan ketika nak melahirkan. Kak Nad lalui dah saat itu. Kena epidurallah bimbang tekanan darah naik lagi jika merasa kesakitan bersalin. huhhh teringat lari rasa dicucuk epidural itu. Berselerak wayar di badan.


Ketika lepas bersalin tekanan darah masi belum stabil dan kena ambil ubat tekanan darah. Badan lepas bersalin letih sangat dan amat mengantuk saat itu. Susu pun keluar dan pasal penyusuan ank pertama ini memang kak Nad alami kesukran.

Bermula pengalaman-pengalaman sebeginilah Kak Nad dan suami survey produk Shaklee dan membaca pengalaman ibu-ibu yang mengambilnya.

Itulah kami nekad ambil Set Prenatal Shaklee.





Isnin, 6 November 2017

4 Tahap Mendidik Anak


Anak ketika ini 4 orang
Anak adalah anugerah allah S.W.T. yang tidak ternilai.
Anak juga adalah AMANAH,
Anak adalah juga ujian dari Allah S.W.T.

Alhamdulillah terdetik dihati kali ini untuk menulis coretan perkongsian tentang anak-anak ini. Semoga coretan ini memberi manfaat kepada semua.

 Zuriat kurniaan Allah S.W.T. yang perlu disyukuri dan amanah yang perlu dilaksanakan. Nadia sendiri telah dikurniakan 4 orang anak kini, setelah mendirikan rumahtangga sejak 2009. Alhamdulillah.

Anak-anak ini mereka suci sangat dan hati mereka sangat lembut dan penuh kasih sayang. dilahirkan seolah kain putih yang bersih dan ibu bapa atau keadaan sekelilingnya setelah dilahirkan yang mencorakkan sikap, perwatakan dan personalitinya. Diciptakan daripada pencantuman air mani ibu dan ayah , terhasilnya seketul daging dan seterusnya jasad yang mempunyai ruh. Penciptaan yang sangat unik dan Maha Kuasa Tuhan YAng Maha Agung.

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

" Anak yang soleh mampu untuk memberi syafaat terhadap 10 orang ahli keluarganya."

Sebagai ibu bapa tentunya mempunyai impian buat anak-anak yang disayangi. Sudah tentu ingin jadinya Hamba yang ditempatkan di syurga, disulami dengan sifat-sifat mahmudah terpuji, kasih sayang kepada semua kerana Allah. Kita ibu bapa kan terus belajar dan belajar dalam menganli jiwa anak-anak. Dari zero tidak tahu apa-apa,insyaAllah kita terus menimba ilmu dalam mendidik anak-anak.

Tidak ada formula yang khusus dalam mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang unik dan luar biasa, iaitu berbeza-beza di antara satu sama lain.

Bagaimanapun Rasulullah S.A.W. menggariskan 4 tahap mendidik anak-anak.


TAHAP MENDIDIK ANAK:

  • Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun)

hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

  • Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun)
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab

  • Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun)
Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak betentangan dengan syariat.

  • Anak berumur lebih dari 21 tahun
Hendaklah ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan terkawal.


Rujukan: 21 Kaedah mendidik anak cemerlang

Kencing Manis Ketika Hamil


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
  • mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. 

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 



Bagaimana saya tahu jika saya menghidap diabetes gestasi?


Jika doktor berpendapat ibu menghidap diabetes gestasi, beliau akan meminta anda menjalani ujian. Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan








Kemungkinan besar doktor anda akan menguji air kencing anda untuk mengesan kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam air kencing anda, ini mungkin tanda diabetes gestasi. 

Selalunya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda mungkin mengalami perkara berikut:




  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.






Rabu, 4 Oktober 2017

Testimoni ESP : BERTENAGA

Testimoni ESP 
******************
Amalkan ESP setelah sekian kini, hampir 4tahun. Umur anak kedua. Pengambilan ESP sebab inginkan tenaga dan untuk kelician kulit, turut untuk penyusuan.
.
ketika bersama anak pertama dan kedua
Anak saya pertama dan kedua dari awal kelahiran sehingga sepanjang berpantang malam diorang tidak tidur dan banyak menangis kebanyakan harinya hingga ke subuh. Memang kelihatan dan badan semua lenguh.
.
Untuk proses kembali segar dan kembalikan kulit yang banyak streck mark sewaktu mengandung pertama, saya cuba konsisten ESP Soya.
.
Sebelum mengandung anak ketiga, apa yang suami tegur. "Sayang, parut garis-garis dulu pudarlah. Tak banyak macam dulu". Apa perasaan korang waktu ini? Suami itu tegur dan perasan keadaan itu. Bukan kita perasan sendiri. Malah kita amat terharu dan gembira, yelah parut garis strechmark itu amat teruk dan merekah kulit kita. Tiba-tiba hilang tanpa sedar .
.
berempat, selepas kelahiran anak ketiga

Ibu-ibu dengan kesibukan melayan anak, memang tak mustahil perubahan pada diri. Alhamdulillah dipertemukan dengan ESP SOYA dan mudah dibancuh.
.
Satu lagi kenapa saya cuba ESP? Kenapa bukan susu lembu atau soya yang lain?
.
Alkisahnya, sewaktu mengandung anak pertama dulu... semua susu lembu saya tidak dapat minum. Apabila minum muntah balik dan loya. Waktu itu saya masih belajar sem last degree, setiap pagi loya setelah minum susu lembu. Pernah suatu ketika, tengah dalam kelas minta izin dengan lecturer sebab nak termuntah sangat.
.
setelah consume 5 tahun shaklee
Bersama anak keemapat , hari ke-45
Nak minum susu soya kotak biasa
, rasa macam manis dan tak elok jika amalkan. Akhirnya, cuba ESP SOYA. Alhamdulillah boleh minum.
.
Bab penurunan berat badan juga selepas bersalin, juga membantu. Rasa kenyang lama dengan kandungan index glisemik rendah. Malah dengan kandungan protein dari sumber tumbuhan dan penjagaan pemprosesannya buatkan kualiti protein terpelihara, otot kulit kita tidak menggelebeh.


PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2017


Assalamualaikum , hal yang ditunggu-tunggu apakah promosi Shaklee pada bulan ini. Sesuatu yang HEBAT tentunya, minuman pilihan ramai.

ESP
MIXED SOY PROTEIN ISOLATE POWDER WITH VANILLA FLOVOUR


Pembelian 4 tong ESP dengan PENJIMATAN 5%

Klik link no telefon di bawah, untuk mendapatkan ESP.

http://www.wasap.my/60179398343

Sertakan maklumat di bawah untuk pengeposan ke alamat anda;

  • Nama penuh:
  • No telefon:
  • Alamat :
  • Produk dan bilangan:.

Terima kasih
***********************


Payment boleh ke:

Akaun BSN
0710441000032414

NADIATU NADHIRAH MOHD RIDZOWAN

email: mahabbatul_mardhiah@yahoo.com.my

๐Ÿ–‡selepas pembayaran dibuat boleh sertakan salinan slip @ bukti bayaran

Ahad, 23 April 2017

APAKAH DETOX?


Detox

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksikatau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Berikut adalah sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:
Sayur ~ Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
Buah ~ Epal hijau, nenas, pear dan lemon/oren

Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati.

Toksin

Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 
Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.

Adalah dicadangkan untuk anda mengambil Herb-Lax dan Alfalfa yang baik untuk penghadaman. Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh mengambil produk-produk bagi menurunkan berat badan seperti Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.


Selasa, 11 April 2017

GELOMBANG OTAK MANUSIA

Gelombang Otak Ketenangan Emosi & Pancaran Aura


Para ahli saintis perubatan, Melalui serangkaian eksperimen dan alat pengukur yang bernama EEG (Electro EncephaloGram), mereka menemukan ternyata terdapat empat level getaran dalam otak kita. 

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


Beta (14 – 100 Hz). Dalam frekuensi ini kita tengah berada pada kondisi aktif terjaga, sadar penuh dan didominasi oleh logika. Inilah kondisi normal yang kita alami sehari-hari ketika sedang terjaga (tidak tidur). Kita berada pada frekuensi ini ketika kita bekerja, berkonsentrasi, berbicara, berpikir tentang masalah yang kita hadapi, dll. Dalam frekuensi ini kerja otak cenderung memantik munculnya rasa cemas, khawatir, stress, dan marah. Gambar gelombang otak kita dalam kondisi beta adalah seperti dibawah ini.
400px-eeg_betasvg.png
Alpha (8 – 13.9 Hz). Ketika otak kita berada dalam getaran frekuensi ini, kita akan berada pada posisi khusyu’, relaks, meditatif, nyaman dan ikhlas. Dalam frekuensi ini kerja otak mampu menyebabkan kita merasa nyaman, tenang, dan bahagia. Berikut gambar gelombang alpha.
400px-eeg_alphasvg.png
Theta (4 – 7.9 Hz). Dalam frekuensi yang rendah ini, seseorang akan berada pada kondisi sangat khusyu’, keheningan yang mendalam, deep-meditation, dan “mampu mendengar” nurani bawah sadar. Inilah kondisi yang mungkin diraih oleh para ulama ketika mereka melantunkan doa ditengah keheningan malam pada Sang Ilahi. Berikut gambar gelombang otak kita ketika berada dalam kondisi theta.
400px-eeg_thetasvg.png
Delta (0,1 – 3,9 Hz). Frekuensi terendah ini terdeteksi ketika orang tengah tertidur pulas tanpa mimpi. Dalam frekuensi ini otak memproduksi human growth hormone yang baik bagi kesehatan kita. Bila seseorang tidur dalam keadaan delta yang stabil, kualitas tidurnya sangat tinggi. Meski tertidur hanya sebentar, ia akan bangun dengan tubuh tetap merasa segar.