Assalamualaikum kalian ^_^. Perkongsian di saat ini.
Pernah alami "memory lost" tiba2? tiba-tiba boleh lupa sesuatu perkara ?
Daya ingatan manusia ini ada waktu menurun dan meningkat. Antara faktor yang menyumbang kepada daya ingatan lemah ialah faktor umur tua usia semakin meningkat dan juga cara pengambilan makanan yang tidak sihat. Manakala faktor yang menyumbang kepeda peningkatan daya ingatan otak adalah kelancaran Aliran Darah dan pengambilan makanan yang cukup zat untuk otak.
Ahad, 21 September 2014
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KELEMAHAN MINDA DAN OTAK
WHY saya mudah lupa???
Terdapat banyak faktor penyebab yang melemahkan minda dan otak manusia.
Sebahagiannya berlaku sejak dalam kandungan kerana faktor genetik atau kekurangan zat atau komplikasi semasa bersalin seperti lemas kerana proses bersalin yang lama dan sukar, kejutan traumatik kerana bersalin melalui pembedahan atau forcep, berbelit tali pusat pada leher, lahir tak cukup bulan dan sebagainya.
Faktor-faktor lain ialah seperti kekurangan protein, vitamin dan garam galian, mengambil minuman bergas dan makanan berpengawet, dadah, alkohol,ubat-ubatan, terminum racun atau terkena santau, mengidap demam panas terkena kejutan eletrik, ketegangan mental dan emosi, kesedihan, ketakutan, terlampau kuat belajar atau berfikir, kekurangan tidur, kurang senaman fizikal, melakukan masturbasi, mengidap penyakit-penyakit yang menimbulkan toksid dalam badan seperti mendapat sembelit dan gastrik, kecederaan traumatik pada kepala kerana kemalangan, kesan ubat bius, pembedahan otak, serangan angin ahmar dan lain-lain.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
.jpg)