Ahad, 21 September 2014

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KELEMAHAN MINDA DAN OTAK

WHY saya mudah lupa???



Terdapat banyak faktor penyebab yang melemahkan minda dan otak manusia. 

Sebahagiannya berlaku sejak dalam kandungan kerana faktor genetik atau kekurangan zat atau komplikasi semasa bersalin seperti lemas kerana proses bersalin yang lama dan sukar, kejutan traumatik kerana bersalin melalui pembedahan atau forcep, berbelit tali pusat pada leher, lahir tak cukup bulan dan sebagainya. 

Faktor-faktor lain ialah seperti kekurangan protein, vitamin dan garam galian, mengambil minuman bergas dan makanan berpengawet, dadah, alkohol,ubat-ubatan, terminum racun atau terkena santau, mengidap demam panas terkena kejutan eletrik, ketegangan mental dan emosi, kesedihan, ketakutan, terlampau kuat belajar atau berfikir, kekurangan tidur, kurang senaman fizikal, melakukan masturbasi, mengidap penyakit-penyakit yang menimbulkan toksid dalam badan seperti mendapat sembelit dan gastrik, kecederaan traumatik pada kepala kerana kemalangan, kesan ubat bius, pembedahan otak, serangan angin ahmar dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan