Selasa, 26 Ogos 2014

Vitamin Atasi Masalah Sembelit

Vitamin untuk Atasi Masalah Sembelit

Mengalami masalah sembelit memang menyeksakan. Waktu ke tandas adalah waktu yang paling digeruni oleh mereka yang mempunyai masalah sembelit. Usah biarkan masalah sembelit terus menghantui hidup anda. Cubalah cadangan suplemen di bawah bagi membantu masalah pembuangan yang anda alami.



ANDA BOLEH MEMILIH ANTARA DUA VITAMIN DI BAWAH UNTUK MENGATASI MASALAH SEMBELIT DAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN




1. Herb-Lax™




________________________
Menyokong Keseimbangan *
Diet yang kaya dengan serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap, dapat memberi sumbagan kepada pembuangan air besar yang teratur. Pada masa-masa yang tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.
Julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala*
Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan*
Daun Senna telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu sebagai julap semulajadi*
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Herb-Lax adalah product yang mendapat gelaran JULAP LEMBUT dalam rangkaian product Shaklee. Saya sendiri mengamalkannya di hujung minggu dengan tujuan untuk mencuci usus selain elok untuk proses detox. Herblax diambil sebelum tidur dan keesokan harinya memang anda akan bertemu terus dengan incik Tandas. Hasilnya anda berasa perut anda telah dicuci sebersih-bersihnya. Serius, anda perlu cuba.Herb-Lax bertindak dalam masa 6jam selepas diambil .Oleh itu pengambilan sebelum waktu tidur sangat digalakkan.


2. Ostematrix




__________________________________
- atasi SEMBELIT terutamanya ibu hamil / menyusu
Shaklee Ostematrix, yang merupakan gabungan kalsium, magnesium, vitamin D serta banyak lagi pada kadar yang seimbang bersesuaian dengan keperluan badan manusia. Ini adalah antara yang WAJIB saya ambil setiap hari selain vitamin asas yang lain.

Tidak semua vitamin boleh diambil oleh ibu hamil dan semakin besar kandungan, maka semakin sukar untuk membuang air besar. Bagi ibu hamil dan menyusu , sangat rugi jika anda tidak mencuba Shaklee Ostematrix kerana banyak manfaat yang boleh anda perolehi.

Antara kebaikan Shaklee Ostematrix :
(1) Tidur malam lebih lena
(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas 
(4) Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan 
harinya
(5) Badan lebih bertenaga apabila bangun bagi.


3. Shaklee Meal Shakes 




____________________________
merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik untuk anda.

Siapa yang perlukan MealShake? Basically,ia sesuai untuk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera makan, yang sering mengalami sembelit atau pun kanak2 obesiti. Juga sesuai untuk sesiapa sahaja terutamanya orang dewasa yang sukar untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet atau pun pil.


4. Alfalfa




______________________________
adalah sejenis herba dari kumpulan kacang Fabaceae yang mana berukuran lebih kurang satu meter tetapi akarnya mampu mencapai berpuluh-puluh meter untuk menyerap zat-zat yang baik dari tanah. Bayangkan betapa 'survivalnya' alfalfa ini.

Apa lagi kelebihannya? Selain daripada sebagai penggalak susu bagi ibu-ibu yang menyusu, ianya juga sebagai penawar bagi mereka yang mengalami sembelit kerana  kerana ianya kaya dengan serat yang tinggi.




Jika berminat, boleh dapatkan:
PERCUMA konsultasi
EXCLUSIVE jadual pengambila
TIPS membantu

Nadia | 017-9398343
Pengedar Sah Shaklee Anda

Shaklee bukan makanan SUNNAH??

Assalamualaikum kepada semua. 

Hari ni nadia ingin kongsikan persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. 

SOALANNYA, berbunyi begini:

Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untyk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.


JAWAPANNYA:


1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.


6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.


7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak.


8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.

9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.


10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya?


Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.

sumber:

Isnin, 11 Ogos 2014

Nadiatu Nadhirah: ASMA VS JANTUNG

Nadiatu Nadhirah: ASMA VS JANTUNG: Balik kerja tadi jam 6.30 dari kafa terus pergi ziarah keluarga di Hospital seberang Jaya.. Sewaktu jumpa kakak saudara ini, ada bersemban...

ASMA VS JANTUNG




Balik kerja tadi jam 6.30 dari kafa terus pergi ziarah keluarga di Hospital seberang Jaya..

Sewaktu jumpa kakak saudara ini, ada bersembang kenal dengan seorang mak cik. Katanya dia temankan suaminya di wad ICU.. 

Awalnya, dia suspek suaminya
asma sebab selalu PENAT dan mengah bernafas. Bawa suami pergi klinik, doktor tanya sakit apa.. dia bagitau Asma. Doktor berikan ubat asma. Banyak tahun juga ambil ubat asma itu sahaja.

3 hari lepas mengah dan susah hendak bernafasnya datang balik. Pergi hospital doktor minta masuk wad dan doktor terus berikan UBAT ASMA. Malam itu hujan, dia bagitau isteri:

suami: Saya Rasa Sejuklah
Isteri: Saya tutup kipas ye..
setelah tutup kipas, jiran2 minta buka sebab panas tam
bahan pak cik ini duduk di katil tengah2.. ramai pesakit lain perlukan kipas.. On semula kipas..

suami: awak, saya tak tahan sangat dah
DADA rasa SEJUKKK SANGAT! (tangan dan tubuhnya mennggeletar)..tolong panggil doktor saya tak tahan sangat dah sejuknya..

Doktor mai..pak cik bagitau doktor...doktor buat la apa2 pun pada saya...saya rasa sakit dan sejuk sangat...

Makcik ini bagitau, doktor itu buat sungguh la.. saya berikan ubat tidur dulu untuk cik supaya rehat...

Pak cik tu lena, tapi DENGURAN dia bernafas terdengar KUAT seolah2 SUSAH sangat hendak BERNAFAS..

Doktor tanya mak cik, suami ada rasa SAKIT DADA tak?

Mak cik kata memang dia jika datang MENGAH nak BERNAFAS, dada sakit sangat macam mencucuk2.. dekat rumah kami tandas dalam bilik tidur sahaja.. tetapi tandas dekat sahaja pun suami dia tidak dapat bangun untuk berjalan bila datang penyakit simptom2 tadi..

Doktor bagitau, mak cik ini BUKAN ASMA TETAPI
KOMPLIKASI JANTUNG..

Pak cik dipindahkan ke wad ICU.. isterinya bagitau jantung suaminya tidak dapat mengepam dengan sebaiknya.. seolah2 olah otot jantung lemah..

Sama doakan kesihatan pak cik ini...

BEZA simptom Asma Dan Jantung...

Suplement yang boleh disarankan untuk pesakit JANTUNG:
#COQ HEALTH
#Phytocol-ST
#Omega
#Garlic
#VIVIx








Ingin dapatkan Suplement khas buat pesakit jantung dan asma, boleh hubungi:


Nadia 017-9398343


#SayaPengedarshakleeAnda
#Page:Nadia Healthy FAmilies
#Fb:Nadiatu NAdhirah Mohd Ridzowan

Jumaat, 8 Ogos 2014

Penghasilan Susu IBU

Ketahui apa yang berlaku ketika badan anda sedang bersedia untuk menghasilkan susu badan, iaitu makanan semula jadi terbaik untuk bayi.

Bagaimanakah payudara saya berubah semasa hamil?

Sebaik sahaja anda hamil, payudara anda mula bersiap-sedia untuk menyusukan bayi. Salah satu tanda bahawa anda sedang hamil ialah payudara menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda.

Anda juga mungkin mendapati bahawa areola, iaitu bahagian kulit di sekitar puting anda, menjadi lebih gelap dan bintik-bintik kecil mula keluar. Perubahan warna areola ini sebenarnya ialah kaedah semula jadi untuk memberi panduan visual kepada bayi anda ke mana harus dituju apabila hendak menyusu.

Bintik-bintik kecil di sekitar areola pula menghasilkan bahan berminyak yang membersih, melicin dan melindungi puting anda daripada jangkitan semasa penyusuan badan.

Menjelang kelahiran bayi, tisu-tisu kelenjar dalam payudara anda akan membesar dua kali ganda. Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda akan rasa payudara menjadi lebih berat dan penuh. Setiap satunya mungkin bertambah berat sebanyak 700 gram!

Bagaimanakah payudara menghasilkan susu?

Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Dalam setiap kelenjar susu pula terdapat beberapa bahagian yang mempunyai tugas masing-masing dalam penghasilan susu badan:
  • Alveoli. Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.
  • Duktul. Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.
  • Duktus susu. Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi. Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira Sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.
Ketika sedang hamil, anda mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Hakikatnya, sistem pembuatan susu anda telahpun bersedia pada sekitar trimester kedua. Oleh itu, anda sudah boleh menyusukan bayi walaupun jika dia lahir pramatang.

Selepas bayi anda dilahirkan dan plasenta (uri) juga telah dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda mula jatuh. Ini memberi laluan kepada hormon prolaktin untuk dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak anda.

Hormon prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi. Prolaktin boleh membuatkan anda rasa lebih bersifat keibuan, dan oleh itu sesetengah pakar memanggilnya hormon keibuan. 

Bilakah saya boleh mula menyusukan bayi saya?

Anda boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang anda berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, kelihatan berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.

Cecair istimewa yang mudah dihadam ini kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi anda.

Susu anda akan keluar kira-kira tiga hari selepas anda melahirkan. Ini adalah masa apabila tahap prolaktin telah stabil dan anda boleh menghasilkan susu badan dan bukan lagi kolostrum.


Apakah yang berlaku apabila bayi anda mula menyusu?

Untuk membolehkan bayi anda menikmati susu badan anda, ia perlu dilepaskan daripada alveoli. Proses ini dikenali sebagai limpahan (letdown). Beginilah ia berlaku:
  • Apabila bayi anda menghisap, sensasi pada puting anda menyebabkan sebahagian daripada kelenjar pituitari anda membebaskan hormon oksitosin ke dalam aliran darah anda.
  • Apabila oksitosin sampai ke payu dara, ia menyebabkan otot-otot kecil di sekeliling alveoli yang dipenuhi dengan susu untuk menguncup dan mencengkam lantas membebaskan susu.
  • Susu anda mengalir sepanjang duktus yang terletak di sebalik areola.
  • Apabila bayi anda minum, dia menekan susu daripada duktus masuk ke dalam mulutnya.
Tatkala aliran susu anda meningkat semasa limpahan berlaku, anda juga mungkin rasa sedikit sakit seperti mencucuk-cucuk pada payudara anda. Susu anda mungkin menitik-nitik atau menyembur keluar. Jika payudara anda membengkak dan sakit dalam beberapa hari pertama ini, menyusui bayi dengan kerap dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Anda mungkin rasa kontraksi dalam perut anda dalam beberapa hari pertama bayi mula menyusu. Ini dipanggil kesakitan susul (afterpains), dan rasanya seperti kontraksi hendak bersalin yang tidak kuat. Ini disebabkan oleh hormon oksitosin yang sedang mengecutkan uterus anda kembali ke saiz asal.

Oksitosin jugalah yang menyebabkan kontraksi uterus semasa kelahiran. Ketika menyusukan, anda juga mungkin rasa tenang, puas dan gembira. Tidak hairanlah oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang!

Bagaimanakah payudara saya menghasilkan susu yang cukup untuk memenuhi keperluan bayi saya?

Ketika bayi anda sedang menyusu, hisapannya menyebabkan lebih banyak hormon prolaktin dibebaskan. Prolaktin merangsang badan anda supaya menghasilkan lebih banyak susu. Ini merupakan pesanan kepada payudara supaya membuat susu yang cukup bagi sesi penyusuan yang seterusnya.

Selepas beberapa jam, tahap prolaktin turun semula, tetapi akan meningkat kembali apabila bayi anda menyusu lagi. Dengan ini, lebih kerap bayi anda menyusu, lebih banyak prolaktin dalam aliran darah anda untuk menggalakkan pengeluaran susu. Ini juga merupakan sebab mengapa haid anda terhenti. Sesetengah ibu menggunakan penyusuan badan sebagai satu kaedah perancang keluarga.

Walau bagaimanapun, tindak balas prolaktin terhadap penyusuan akan beransur-ansur kurang dan haid anda akan kembali. Haid anda mungkin akan kembali walaupun anda masih menyusukan bayi secara eksklusif.

Namun begitu, anda masih mempunyai banyak susu. Menjelang waktu ini, penghasilan susu tidak lagi bergantung kepada prolaktin, sebaliknya kepada rangsangan daripada penyusuan bayi.

Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil perencat maklum balas laktasi (feedback inhibitor of lactation - FIL) yang memberitahu payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Jika bayi anda kerap menghabiskan susu pada sebelah payudara, tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendak mengingkatkan penghasilakan susu.

Jika susu kerap tidak dihabiskan, mungkin kerana bayi anda telah mula makan makanan pejal, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan berkurangan.

FIL bertindak setempat, di dalam setiap payudara secara berasingan. Ini bermakna, anada boleh mengurangkan penghasilakn susu dalam sebelah payudara dan meneruskan penyusuan bayi dengan payudara sebelah lagi. FIL juga adalah sebab mengapa tidak mustahil satu payudara menghasilkan susu yang cukup untuk diminum oleh bayi sehingga kenyang. Ia juga menerangkan mengapa seorang ibu yang mempunyai anak kembar boleh menyusukan kedua-dua bayinya pada masa yang sama.



http://www.babycenter.com.my/a25007723/menghasilkan-susu-badan-bagaimana-badan-anda-menghasilkan-makanan-semula-jadi-bayi-yang-terbaik#ixzz39o5EJWW0

Rabu, 6 Ogos 2014

Assalamulaikum, katakan hari2 saya sentiasa hebat! Hari ini nadia kongsikan apa yang terbaik untuk anda... INsyaAllah amat membantu anda mencapai kejayaan... kita sama2 menuju kecemerlangan.

10 Petua Membina Sikap Positif
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.


Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang


Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.
Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.
Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.
Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.
Petua 3 : Ubah Penampilan Diri
Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
  1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
  2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
  3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
  4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
  5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
  6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
  7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
  8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
  9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
  10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.


Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran. 

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya. 

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video. 

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.


Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita


Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi. 

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W. 

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja. 

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

SEKIAN


Inspirasi semua,
NAdia 
017-9398343
Pengedar Sah shaklee Anda